
Resort World melabur sebanyak RM 400 juta bagi membina sebuah taman tema baharu yang bakal menggantikan Taman Tema Genting di Genting Highlands. Taman tema yang bakal dikenali sebagai Twentieth Century Fox Theme Park itu merupakan yang pertama di dunia dan dijadualkan bakal dibuka pada tahun 2015.
Taman tema yang berkeluasan 10 hektar itu bakal menampilkan pelbagai karakter kartun keluaran 20th Century Fox Film Production seperti Ice Age, Life of PI, Alien, Predator, dan Night at The Museum. Buat julung-julung kalinya juga syarikat produksi antara yang terbesar dunia tersebut bekerjasama dalam pembinaan taman tema.
Bagi urusan pembinaan, Genting Highland Theme Park ditutup mulai 1 September 2013 sehingga tarikh yang bakal diberitahu kelak.
Selepas kewujudan Taman Tema Legoland pertama Asia yang dibina di Iskandar Johor, kini giliran Pahang pula menerima taman tema bertaraf antarabangsa yang pertama di dunia pernah dibina. Perkembangan ekonomi dan pelaburan asing di Malaysia kini dilihat semakin memberansangkan.
