
Bekas pengacara TV3, Ras Adiba Radzi, 45, selamat
diijabkabul semalam bersama lelaki pilihan yang juga penasihat kewangan,
Ilias Yaakop, 45, bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,
Putrajaya.
Ras Adiba yang tampil menarik dengan gayanya tersendiri telah
dinikahkan oleh bapanya, Mohd. Radzi Wahab, 73, pasangan berkenaan
disatukan dengan tiga kali lafaz sekitar jam 6.10 petang semalam.
Pada majlis tersebut Ras menerima mas kahwin RM99 dan wang hantaran
RM10,000. Pihak lelaki turut memberikan lima dulang hantaran berbalas
tujuh dulang daripada pihak perempuan.
Ras Adiba yang mengalami lumpuh dari pinggang hingga hujung kaki
disebabkan dari kemalangan yang dialami sekitar tahun 2002 pernah
mengalami saat duka apabila perkahwinan bersama jejaka Perancis yang
sepatutnya berlangsung seminggu sebelum tarikh bernikah akhirnya
terputus disebabkan keluarga pihak lelaki bimbang anak mereka akan
mengalami masalah jika berkahwin dengan OKU seperti dirinya. - Rotikaya.com