Pelakon kacak, Farid Kamil telah memberitahu
kepada media bahawa buat seketika ini dia tidak membenarkan ibu
mertuanya itu untuk melawat putera sulungnya buat sementara waktu ini.
“Apabila bayi sulung kami dilahirkan ini, saya berasa begitu protective
terhadap keluarga saya lebih-lebih lagi terhadap isteri dan anak kami.
Oleh itu, sekiranya ibu mertua saya mahu datang untuk melawat cucunya,
dia perlu berjumpa dengan saya terlebih dahulu sebelum terus berjumpa
dengan mereka kerana saya tidak mahu dia bertindak di luar kawalan dan
timbul pula masalah yang lain”
“Saya kalau boleh tidak mahu kejadian salah faham ini mengeruhkan
lagi suasana hubungan keluarga kami,” katanya ketika ditemui di
pelancaran drama bersiri Astro Mustika HD berjudul Jodoh Itu Milik Kita.
Sementara itu, Farid Kamil turut menjelaskan bahawa anaknya itu belum
mempunyai nama kerana masih belum mendaftar kelahiran itu di Malaysia.
Walaubagaimanapun, dia dan isterinya sudah mempunyai beberapa pilihan
nama yang telah disenarai pendekkan untuk diberikan kepada anak
sulungnya.
“Setakat ini saya belum memutuskan lagi untuk meletakkan nama anak
saya kerana kami masih berada di luar negara dan saya belum mendaftar
kelahirannya di Malaysia. Tetapi sudah ada beberapa nama yang telah
disenarai pendekkan untuk diberikan kepadanya.
Oleh itu, saya berharap
di bulan mulia ini, iaitu pada malam 10 terakhir Ramadhan ini saya dapat
mencipta satu ilham nama yang unik dan kreatif buat putera sulung saya
ini,” katanya.
Farid dan isterinya, Diana Danielle juga turut bakal pulang beraya di
kampung halaman masing-masing, apabila menjelangnya syawal yang akan
tiba pada lebih kurang 10 hari lagi ini.
“InsyaAllah
sekiranya tiada aral melintang saya dan keluarga dijangka bakal beraya
di Malaysia dan kemungkinan Raya pertama akan beraya di Kedah iaitu di
kampung saya dan seterusnya di kediaman Diana,” ujarnya ringkas.
Untuk perkembangan terbaru, Farid Kamil akan muncul dalam drama
terbaru terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd berjudul ‘Jodoh Itu
Milik Kita’ bersama-sama dengan pelakon Tiz Zaqyah, Nabila Huda, dan
yang lain-lain.
Drama bersiri ini bakal menemui para penonton pada
setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam bermula 19 Ogos 2013
secara eksklusif hanya di saluran 134. - Rotikaya.com


