


Setelah mencipta fenomena melalui drama bersiri Adam dan Hawa, pelakon sensasi kelahiran Singapura, Aaron Aziz sekali lagi digandingkan dengan seorang pelakon wanita yang terus mencipta fenomena, Nadiya Nisaa.
Kali ini, secara eksklusif tanpa di panggung, Astro First Exclusive membawakan sebuah telemovie yang diadaptasi dari sebuah novel dijadualkan bakal menemui penonton pada 25 Julai ini.
Diarahkan oleh Feroz Khan, telemovie ini turut dibintangi oleh El-Faeza Ul-Haq, Izzue Islam dan ramai lagi. Telah pun tamat penggambaranya yang dimulakan pada hujung tahun lepas.
Telemovie terbitan Global Station ini dijangka bakal mencipta satu lagi fenomena seperti mana yang melanda Malaysia pada waktu ketika Adam dan Hawa serta Ombak Rindu. Sekali lagi, runut bunyi Patah Hati dari Hafiz dimuatkan sebagai OST dalam telemovie ini.
