Saya memulakan penulisan blog sejak Julai 2008 dengan nama blog GLAM WORLD MALAYSIA. Pada ketika itu, blog saya lebih banyak fokus kepada berita hiburan. Namun begitu, terdapat juga posting blog saya pada Ketika itu melibatkan isu semasa, libur dan sedikit berkenaan sukan. Mungkin kerana minat saya ke arah hiburan.
Pada 2012, saya telah diberikan untuk membuat scoop khas menemu ramah Mr Siegfried Boerts, Pengarah Urusan LEGOLAND Malaysia ketika dalam siri promosi pembukaan LEGOLAND Malaysia di Johor Bharu, Malaysia.
Namun saya turut menerima ujian pada tahun berikutnya apabila blog saya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mereka memadam semua posting yang telah saya lakukan. Alhamdulilah saya sempat backup beberapa story untuk disiarkan semula.
2014 membawa saya kepada fasa baharu dalam penulisan blog. Pengurusan masa dalam melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana dalam jurusan Pengurusan Industri Seni dan memulakan kerjaya sepenuh masa turut menjadi cabaran.
Tahun 2022, dalam kepesatan teknologi video yang lebih diminati netizen masa kini, saya masih cuba untuk membuat penulisan blog. Namun, saya lakukan secara hybrid. Ada content yang dibuat secara video, ada content yang dibuat secara tulisan.
Insya Allah, saya akan cuba untuk membuat penulisan blog dengan fakta dan content yang lebih berkualiti agar mengekalkan kredibiliti penulisan blog di Malaysia.