Kelibat hero filem antarabangsa Thor dan The Avengers dilaporkan berada di Kuala Lumpur Malaysia sejak petang tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Chris Hemsworth dikatakan berada di Malaysia bagi menjalani penggambaran di Port Klang dalam sebuah filem yang diberi tajuk Cyber di bawah arahan Micheal Maan. Selain Chris, filem tersebut turut dibintangi pelakon pujaan Asia, Wang Lee Hom, serta pelakon hebat Viola Davis dan Tang Wei.
Menurut laporan, Chris bakal berada di tanah air selama lima minggu bagi tujuan tersebut. Filem ini turut melakukan penggambaran di beberapa lokasi lain seperti Jakarta, Hong Kong, Los Angeles dan Port Klang.
Sekuel filem Thor iaitu Thor : The Dark World yang juga dilakonkan oleh Chris Hemsworth dijadualkan bakal mula ditayang di pawagam 31 Oktober depan.