Selepas 13 tahun bertarung dengan kanser lelangit yang di’hidapinya, ibu kepada
Arja Lee, Salmah Aziz telah kembali ke rahmatullah sekitar 4.00 pagi tadi di Pallative Care Unit (PCU), Hospital Selayang.
Jenazah allahyarhamah telah pun selesai dimandikan, dikafan di
Hospital Selayang dan disembahyangkan di Surau Al-Syakirin Seksyen 1
Bandar Mahkota Cheras. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan
Cheras Perdana sebelum solat Jumaat, hari ini.

Menurut Arja Lee, pemergian ibunya cukup dirasai kerana beliau itu
adalah orang yang banyak memberikan semangat untuknya melalui liku liku
perjalanan sebagai insan seni selama ini.
Takziah dari kami buat Arja Lee sekeluarga dan semoga tabah menerima pemergiaan ibu tercinta. al-Fatihah.