Pasangan dua sejoli yang kini menanti detik untuk disatukan, Zain
Saidin teruja untuk beraya di kampung halaman Rozita Che Wan atau mesra
disapa Che Ta di Alor Setar, Kedah.
Zain Saidin yang hanya beraya di Gombak memberitahu ada perancangan untuk pergi beraya di sana.
“Saya belum berkesempatan lagi untuk bertemu keluarga Che Ta di sana,
namun begitu jika tiada aral melintang saya akan datang pada minggu
pertama hari raya nanti,” kata Zain Saidin.
Mengambil cuti selama empat hari, Che Ta akan mengenakan baju raya
bewarna Tiffany Blue dan tidak merancang untuk sedondon bersama
kekasihnya itu.
“Saya tak rancang untuk pakai baju sama dengan Zain. Tunggu kahwinlah
baru sedondon,” ujar Rozita Che Wan sebelum mengakhiri perbualan.
Zain Saidin Pilih Warna Biru, Putih Sebagai Tema dan Ingin Konsep Kahwin Dalam Taman
Pelakon Kacak, Oh My English! Zain Saidin telah berkongsi kepada
pihak media bahawa dia menginginkan sebuah perkahwinan yang berkonsepkan
taman ala inggeris dan memilih biru dan putih sebagai warna tema untuk
perkahwinannya dengan aktres seksi Rozita Che Wan.
“Untuk perkahwinan saya kali ini saya lebih suka memilih warna putih
dan biru sebagai tema, manakala untuk konsep perkahwinan saya pula, saya
lebih tertarik untuk mengetengahkan perkahwinan ‘outdoor’ tetapi
maklumlah cuaca kadangkalanya tidaklah begitu baik dan ini akan
menjejaskan hari persandingan yang kelak.
Walaubagaimanapun, saya memang
suka untuk membuat satu tema perkahwinan dalam taman, kerana ia begitu
unik dan sempoi. Apapun saya kena menunggu pihak perempuan kerana
merekalah yang menguruskan persiapan untuk perkahwinan saya ini dan
terpulanglah pada meraka apa yang mereka mahukan, dan saya hanya
mengikuti apa yang terbaik buat kami berdua,”katanya ramah.
Sehubungan dengan itu, apabila disoal mengenai tarikh keramat bilakah
berlangsungnya perkahwinan mereka Zain seolah-olah masih berteka-teki
lagi mengenai tarikh pernikahan itu, dan dia memberitahu bahawa belum
tiba masanya lagi untuk dimumkan kepada peminat-peminatnya.
“Sebenarnya kami masih lagi mencari tarikh yang sesuai untuk
melangsungkan majlis perkahwinan ini, tetapi masih belum boleh
diperjelaskan dan dipersetujui lagi kerana banyak perkara yang belum
diselesaikan lagi dengan persiapan perkahwinan dan sebagainya.
InsyaAllah saya akan berkahwin pada tahun ini, dan jangan risau saya
akan memberitahu tarikh itu kemudian,”katanya. - Rotikaya
