Ketika calon-calon Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Besut sibuk berkempen, ada juga cerita-cerita selebriti tanah air diselitkan di sana.
Pelakon terkenal, Abby Abadi membuat pengakuan bahawa beliau telah pun berkahwin dengan seorang jejaka berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang, Kelantan. Hanya mahu dikenali dengan nama Farhan, Abby menjelaskan bahawa mereka sudah 12 hari menjalini kehidupan rumah tangga bersama.
Fuh, Eddy dapat bayangkan ketika Abby menolak troli, secara tiba-tiba terlanggar troli Farhan. Mereka pun saling senyum-senyum, bersembang, dan bertukar kad nama. Cewah! Itu imaginasi Eddy je. Nak tau cerita sebenar, tanya lah tuan punya badan.
Juga kelihatan turut berkempen di PRK Kuala Besut, penyanyi "Janji Manismu", Wan Aishah di Pulau Perhentian baru-baru ini.

