Penyanyi Ainan Tasneem Kemalangan


Penyanyi yang popular dengan lagu 150 Juta dan Aku Suka Dia dilaporkan mengalami kemalangan di lebuhraya New Pantai Expressway (NPE). 


Kemalangan yang berlaku pada jam lebih kurang 2.30 petang tadi, kereta Perodua Myvi yang dinaiki penyanyi tersebut dilaporkan dirempuh dari bahagian belakang.





Pada ketika itu, kedua-dua buah kenderaan tersebut cuba untuk memasuki lorong kiri lebuhraya selain dikatakan dipandu laju. Ketika kejadian, Ainan, 20, bersama rakannya dalam perjalanan menuju ke Bandar Tasik Selatan.


Merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Bioproses Universiti Malaysia Perlis (UniMap), Ainan sempat menulis status di laman Facebooknya tentang kejadian tersebut.

" Kejadian semalam di lebuhraya NPE. 21 jul around 2.30 pm. Alhamdulillah.... Nothing happen to me and my bestfriend. Cuma sekarang setiap urat dekat badan terlalu sakit dan banyak lebam akibat impact yg terlalu kuat. We were on our way to Bandar Tasik Selatan. Bertembung dengan kereta belakang yg nak ke kanan waktu ktorang nak msuk ke simpang kiri. Kereta dua dua dalam keadaan yg sangat laju. Dalam kereta berasap dan airbag semua keluar. Alhamdulillah tayar kereta terkeluar dari tempat tayar so besi tu tersekat dekat longkang. Kalau tak, kereta memang terus akan menjunam ke tepi gaung sebelah tu je. Nauzubillah. Alhamdulillah Allah masih bagi nyawa utk kami bernafas... To people out there, please.. Drive safely. Sayangi nyawa anda. Ainan trauma kejap  Sampai sekaranv masih teringat ingat apa yg berlaku semalam. Tq Allah for giving us chance to live. "

Beberapa jam selepas itu, Ainan membuat perkembangan di laman Facebooknya dengan gambar menunjukkan bahawa beliau dalam keadaan selamat.