GOSIP: Aeril Zafrel Bercinta dengan Wawa Zainal?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdXj0OpX7P4fP6UMoTzC5M0pVyzfzAuVMKF6lFuBwbGmBJJh8U3irDVCMplODtMaXrA2PlcQIcOZgTyTi1ws4a2mPtUgX4NdDlEbRoOBF-jG92uxHxyhHG27JED42aXsdsrex7IBEe-bE/s1600/aeril-zafrel.jpg http://selebritimalaya.com/wp-content/uploads/2013/01/wawa-zainal.jpg 



Nama pelakon Aeril Zafrel begitu hangat pada tahun ini. Dengan pelbagai isu, Aeril Zafrel, 27 atau nama sebenarnya Suhairil bin Sunari kali ini dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelakon wanita comel, Wawa Zainal.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhM4pimBhtZ_q6C19OdLhyphenhyphenouvKgs46yCidFB5qgMsvpYZa3S5mlFZAdalCUbjOBwlmy_xbrSpdw2ALIJjd20tXHhusIpuf7WA3zu9SWolP6HY1G0CIX3uccsrpmhxtsJW2swvmVOQk3KLk/s320/FA+99+Kali+Rindu.jpgGosip liar ini mula menular semenjak lakonan mereka dalam sebuah filem terbitan MIG, 99 Kali Rindu. Namun, sehingga kini kedua-dua mereka masih lagi enggan memberikan sebarang komen mengenai apakah benar mereka sedang bercinta atau telah pun bercinta?

Jika sebelum ini kebanyakan selebriti hanya mengakui hubungan cinta mereka setelah perhubungan yang dijalinkan bersama gagal mendapat perhatian media.

Menurut laman portal Rotikaya.com, Wawa Zainal dikatakan sanggup meminjamkan keretanya kepada Aeril ketika beliau pulang ke kampung halaman beliau di Lahad Datu, Sabah. Laporan Berita Harian pula menyebut, Wawa pulang ke sana untuk membuat rawatan tradisional dan tidak mahu menerima sebarang panggillan mahupun sms.

Nak dijadikan cerita, kereta yang ditinggalkan Wawa dilaporkan hilang dalam jagaan Aeril. Bertanggungjawab atas kehilangan tersebut, Aeril bersedia untuk membayar ganti rugi kepada Wawa.

Sumber lain juga menyebut, pasangan ini sering dilihat keluar bersama. Adakah mereka ingin merahsiakan lagi percintaan mereka?