Review Filem : Rumah


Filem Rumah yang dilakonkan Erra Fazira, Puteri Balqis serta Mak Jah telah ditayangkan di pawagam sejak 24 Februari 2022. Filem ini dikeluarkan oleh Mojo Projects Sdn Bhd dan arahkan oleh Kay.


Baru-baru ini Eddy sempat meluangkan masa untuk menonton filem ini di Dadi Cinema, Pavillion. 

Sedikit tentang cinema tersebut, inilah cinema yang Eddy tunggu-tunggu untuk ada di dalam Malaysia. Ada tempat lepak yang lebih proper untuk kita tunggu movie start time berbanding hanya sidai diluar laluan cinema.

Sebelum ini , Eddy begitu tertarik dengan keadaan cinema di Indonesia ! Excited giler kita tengok siap ada cafe. But now, dah ada di Malaysia oleh Dadi Cinemas. Okey cukup itu untuk review cinema.

Filem Rumah.

Eddy tak pasti apakah jalan cerita yang ingin ditonjolkan oleh pencipta filem yang berdurasi untuk 2 jam ini. Sejam pertama adalah menceritakan tentang bagaimana pelakon utama ( Erra Fazira ) perlukan duit untuk beli rumah baru. Semua berkisar tentang kehidupan seharian yang biasa.

Jam seterusnya baru bermula sedikit ke"seram"an filem ini. Namun begitu, bagi Eddy ianya tidaklah begitu seram kerana kita masih dapat tenung "muka hantu" tersebut.

Lakonan Erra Fazira, Puteri Balqis dan Mak Jah memang tak perlu kita nak nafikan lagi. Lakonan Erra dalam filem ini cukup neutral. Dia memang buat macam makanan dia je. Puteri Balqis pun tidak kurang hebatnya. Lakonan Puteri Balqis dari awal hingga akhir filem ini memang baik. Gandingan dua ikon hebat ini memang terbaik !

Cuma babak atau watak untuk Mak Jah, Eddy rasa macam terlalu simple. Menurut Eddy la. Kalau dari segi lakonan watak sampingan dan extra tu tak perlu cerita la, jangan letak harapan yang tinggi.

Part yang Eddy nak bagi standing ovation untuk filem ini adalah sound dia, Serious gempak ! Pada awal tayangan ada ditampilkan notis bahawa sound effect untuk filem ini dirakamkan secara orkestra diluar negara atau pemain orkestra luar negara. Eddy tak sempat nak baca habis.

Music dia memang terbaik, lebih kurang kelas-kelas Merong Mahawangsa punya music tau! Audio kat Dadi Cinemas pun boleh tahan padunya. Memang menjadi la.

Apa-apa pun good job kepada meraka yang berusaha untuk menyiapkan filem ini dalam keadaan pandemik ini walaupun dalam masa yang sama Eddy rasa cerita ini lebih baik diletakkan sebagai tele-filem di stesen tv sahaja. 

Bukan apa, risau penonton yang datang untuk bayar tiket mempunyai pendapat yang lagi menyakitkan. Tambahan pula cerita ini melibatkan nama besar dalam industri. Primadona Erra tu kot.

Secara keseluruhannya, untuk filem Rumah ini Eddy cuma boleh letak 2 from 5 stars.

Congrats and good luck for next film ek ! Kepada yang belum tonton, meh Eddy kongsi trailer.

0 Comments