Jodoh dan pertemuan, ajal dan maut semuanya ketentuan Illahi. Itulah
yang telah diungkapkan oleh pelakon yang popular menerusi drama bersiri
Karlos, Johan As’ari.
Bercerita mengenai kehidupan jejaka yang berusia 27 tahun ini, dia
mengakui sudah mempunyai target untuk mengikat tali pertunangan dan
seterusnya berkahwin. Tetapi bagi peminat-peminat tegar Johan Asaari
terutamanya peminat perempuan, anda janganlah bersedih kerana Johan
masih belum mempunyai kekasih yang benar-benar istimewa kerana ini
hanyalah sasarannya sahaja pada tahun ini.
Namun Johan As’ari mengakui ada seseorang yang kini
sedang rapat dalam hidupnya tetapi enggan mendedahkan identiti gadis
bertuah itu kerana bimbang hubungan yang di’harapkan tidak kesampaian.
“Kami belum menjadi pasangan kekasih, begitu juga masing masing tidak
isytiharkan wujudnya apa apa hubungan istimewa antara kami. Jika benar
dia ditakdirkan untuk saya, kami akan bertunang Disember depan”
“Sebenarnya ini adalah target saya sahaja, sebetulnya saya masih
tidak mempunyai mana-mana teman wanita. Saya akui saya mempunyai ramai
kawan-kawan perempuan tetapi semuanya bukanlah serius dengan saya,
mereka semua hanyalah sebagai kawan-kawan biasa sahaja”
“Kita hidup mesti kena ada target untuk kita rancang apa yang kita
mahukan dalam setiap peringkat umur yang kita lalui. Umur pun sudah
semakin meningkat jadi eloklah sekiranya saya memikirkan pula kehidupan
saya yang seterusnya. Tapi untuk berkahwin dalam masa yang terdekat ini,
lebih kurang 5 bulan sebelum masuk tahun 2014 ini adalah mustahil
kerana untuk melakukan sesebuah majlis perkahwinan bukannya suatu yang
mudah dan memerlukan perancangan yang rapid dan teliti,” katanya ketika
ditemui di Majlis Raikan Anak-anak Yatim Darul Kifayah anjuran Grand
Brilliance.
Johan juga tidak memilih sekiranya bakal isterinya bukanlah dari kalangan artis atau seumpamanya.
“Seperti yang saya katakan, jodoh semua di tangan Allah, saya tidak
pernah memilih atau tidak kisah sekiranya isteri saya bukannya dari
kalangan artis. Malah sekiranya dia tidak menjadi artis pun saya tidak
mempunyai langsung sebarang masalah. Saya akan menerimanya seadanya.
Kalau sudah sampai jodoh, maka tanggungjawab saya juga besar dan beralih
menjadi seorang suami pula selepas ini, InsyaAllah sekiranya saya sudah
bersedia dan mempunyai pilihan hati anda semua akan saya maklumkan,”
katanya ringkas.
Pada tahun ini, Johan akan beraya bersama-sama keluarganya di
Damansara Kuala Lumpur, dan seterusnya bakal beraya bersama teman
rapatnya iaitu pelakon Que Haidar pada hari raya yang kedua.


