Malah, mereka tahu tentang mutu vokal Shila Amzah serta imej muslimah
Shila dengan bertudung. Bagaimanapun, Murai Batu diberitahu, tiada
seorang pun mengetahui nama Dato Siti Nurhaliza Taruddin walaupun isteri
kepada Datuk K ini sememangnya hebat di Malaysia.
Sedangkan Siti juga pernah mengharumkan nama negara dengan mengadakan
konsert di Royal Albert Hall. Tambah hairan lagi, nama anak tempatan
yang sedang mencipta nama di LA iaitu Yuna turut tidak dikenali di Korea
Selatan Walhal, nama David Foster dikenali di sana.
Mungkin hanya segelintir saja yang tahu tentang Yuna. Padahal, Yuna
juga menjadi duta produk dari Korea Selatan. Apapun, Murai Batu tambah
terkejut setelah mendapat tahu Mizz Nina yang berduet dengan Jay Park
juga tidak pernah didengari namanya. Sedangkan Murai Batu pernah membaca
artikel mengenai Mizz Nina ketika berada di Seoul.
Apa pun, Murai Batu merasakan pihak tempatan terutama sekali pihak
pelancongan Malaysia perlu memikirkan cara baik untuk mempromosi dan
membantu anak tempatan ke peringkat antarabangsa. Yang penting, Shila
Amzah, Siti Nurhaliza, Yuna dan Mizz Nina popular di mata peminat
mereka. - Murai