R.I.P Mr. James Siva, Pengasas JS Concert Productions.


http://www.spokeo.com/blog/wp-content/uploads/2011/05/RIP-Spokeo-Info-Bubble.jpg




Lewat petang Khamis, 4 Julai 2013, Eddy menerima berita seorang insan berjasa dalam dunia seni tanah air telah pun pergi meninggalkan kita. Terkejut, terkedu, dan seolah-olah tidak percaya dengan apa yang Eddy baca tersebut.

Mr. James Siva, merupakan pengasas kepada sebuah syarikat yang banyak membawa masuk nama-nama besar antarabangsa ke Malaysia seperti Justin Bieber, Pitbull, Westlife, dan ramai lagi. Beliau dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

JS Concert Productions Sdn Bhd bukanlah suatu nama yang asing lagi jika anda ke mana-mana konsert dan festival hiburan. Itulah dia, insan yang berdiri teguh bersama empayar beliau yang tersendiri.

Sepanjang persahabatan Eddy bersama mendiang James, beliau langsung tidak membezakan darjat dan kedudukan beliau sebagai "orang besar" malah duduk semeja bersama kami (para media). Ketika sering bertemu beliau, dia memang sentiasa ingat nama kita ataupun nama majalah kita. Beliau sering memanggil Eddy dengan panggilan GLAM, iaitu nama blog Eddy.

Beliau juga suka berjenaka bersama Eddy. Memang sentiasa ceria ketika bertemu beliau.

Semoga rohnya aman disana dan kami akan sentiasa mengingati kenangan indah dan jasa anda kepada kami...