KATE MIDDLETON MELAHIRKAN BAYI LELAKI



Bakal Raja United Kingdom telah dilahirkan selepas Duchess of Cambridge dimasukkan ke hospital semalam.


Bayi lelaki itu dilahirkan pada 4.24pm dan seberat 8 lbs 6 oz. Putera Williams berada bersama Kate ketika saat yang cukup menggembirakan itu.


Seluruh dunia, terutamanya rakyat Britain sangat teruja dengan berita yang akan menyaksikan pasangan Putera Williams dan Kate Middleton  menimang anak lelaki sulung mereka lantas bayi itu bakal menjadi Raja United Kingdon nanti.




Kate dimasukkan ke Hospital St. Mary pada awal pagi Isnin bersama suaminya. Sama seperti mendiang Puteri Diana, Kate akan melahirkan anak pertamanya di Lindo Wing, sayap persendirian yang juga menjadi tempat kelahiran Putera Williams dan adiknya, Putera Harry.


Ramai yang menantikan pengumuman jantina bayi ini kerana sekiranya anak pertama Putera Williams dan Kate Middleton adalah perempuan, undang-undang United Kingdon akan digubal dan membenarkan dia menaiki takhta sebagai Ratu England selepas Putera Charles dan Putera Williams.


Putera Williams dan Kate Middleton berkhawin pada 29 April 2011.