Hari ini Shaheizy Sam meraikan kejayaannya sebagai Bintang Paling
Popular bagi tahun 2012, Sam boleh dikatakan mula menonjol dan dikenali
sebagai Adnan di dalam filem Adnan Sempit. Adnan yang pada dahulunya
seorang yang berfikiran sempit dan sangat tidak pandai untuk berbahasa
inggeris.
Di dalam Adnan Sempit 2 pula, Adnan mula mengembangkan
cintanya kepada Nadia yang dilakonkan oleh Intan Ladyana, bagaimanapun
cintanya masih mendapat tentangan dari keluarga Nadia oleh kerana
sikapnya yang tidak setaraf dengan keluarga Nadia yang kaya.
Kali ini, secara rasminya Adnan Sempit 3 kembali dan akan menemui
anda pada 2013 tidak lama lagi. hehehe..mesti ramai yang tak sabar
melihat lawak jenaka yang bakal ditampilkan oleh Dato Nan kan. Yang
pastinya dalam sekuel yang ke 3 kali ini, Adnan sudah berjaya berkahwin
dengan Nadia. wah! Apa yang Mig Online dapat katakan, sekuel ke 3 ini
lebih menarik dan korang boleh ketawa sampai bumbung mahu jatuh.
Jom kita tengok teaser trailer Adnan Sempit 3