
Baru baru ini krew Jom! Makan sempat berbuka puasa di Restoran Ana Ikan Bakar Petai cawangan Bandar Baru Bangi.
Restoran Ana Ikan Bakar Petai ini berasal dari Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Yang disajikan sememangnya resepi signature mereka iaitu ikan yang dibakar bersama sambal rahsia yang disertakan dengan petai!
Mungkin sesetengah anda yang tidak makan petai akan terasa jengkel, namun, jika anda rasai keenakan sambal mereka, anda tidak menyedari kehadiran petai itu meskipun ianya dimasukkan sebiji-sebiji.
Pada hari itu, kami memesan signature dish mereka iaitu Ikan Siakap Bakar, Ikan Aji-Aji Bakar, serta menu tambahan Tom Yam Campur, Ayam Masak Pedas, Kailan Goreng, Sup Ekor, Sotong Goreng Tepung dan Kerabu Mangga.
Menu yang highlightkan di atas adalah menu pilihan kami! Sememangnya terbaik! Apa yang lebih mengejutkan kami adalah harganya yang sangat berpatutan!
Secara ringkasnya kami ingin berikan Restoran Ana Ikan Bakar Petai markah 4.5/5 untuk kategori Restoran Ikan Bakar. Kami sekeras-kerasnya menyarankan anda untuk mencuba!
Di bulan Ramadhan ini, Ana Ikan Bakar Petai mengadakan tempahan awal. Dapat mengelakkan ketinggalan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi nombor telefon yang tertera di menu bawah.
Kepada anda yang ingin ke Restoran Ana Ikan Bakar Petai, sila ikut arahan di bawah:
Dari KL: Melalui lebuhraya PLUS dari Tol Sungai Besi. Menuju ke arah selatan. Turun di Tol Bangi. Bulatan pertama, susur kiri (arah pukul 9). Anda boleh lihat bangunan restoran tersebut di sebelah kanan. Namun, anda perlu membuat pusingan U di persimpangan berhampiran (200m).
Dari Kajang: Melalui Jalan Reko ke arah Bandar Baru Bangi. Menuju ke arah WARTA. Terus sehingga Balai Polis dan Balai Bomba Bangi. Restoran berada di sebelah kiri.
Pix: Ana Ikan Bakar Petai Restaurant's Facebook




0 Comments