Menerusi siaran langsung yang disiarkan di Astro Arena ch.801, Astro Supersport 3 ch.817, dan Astro Supersport HD 3 ch.837 menyaksikan perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia bertemu pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal.
Separuh masa pertama menyaksikan pemain Malaysia berjersi nombor 11, Azmi Muslim, menjaringkan gol pertama perlawanan. Tendangan kencang diberikan oleh seorang bekas pemandu forklift itu dari luar kotak penalti menyaksikan penjaga gol Arsenal hanya mampu tergamam melihat golnya dirobek.
![]() |
| Azmi meraikan golnya terhadap Arsenal. Photo: NST Online |
Jelas sekali pengaruh media sosial cukup kuat di negara kita apabila nama Azmi Muslim berjaya untuk Trending di tempat pertama di laman sosial Twitter.
Separuh masa kedua menyaksikan banyak cubaan dilakukan oleh pemain Malaysia seperti Safee Salee, Nor Shahrul Idlan Talaha, dan Safiq Rahim bagi menghadiahkan gol seterusnya namun dapat dibaca oleh pemain Arsenal.
Minit ke 82, Azmi Muslim diganti dengan Mohd. Rozaimi setelah beliau cedera.
Minit ke 87 menyaksikan Arsenl berjaya menyamakan gol apabila berjaya merobek gol Malaysia melalui Thomas Eisfield.
Tiga minit kemudian, sekali lagi Arsenal berjaya menjaringkan gol kedua mereka yang dijaringkan oleh Chuke Aneke.

![]() |
| Aidil kekejangan setelah tamat perlawanan sehinggakan paramedik terpaksa memasukkan air ke dalam badannya. |
Malaysia akan sekali lagi diuji pada 30 Julai ini untuk menentang pasukan Manchester City yang juga diadakan di Stadium Bukit Jalil.
Walau bagaimanapun, permainan Malaysia pada malam ini memberi bayangan Malaysia akan menjuarai Piala AFF Suzuki akan datang...



0 Comments