![]() |
| Gambar terkini Datuk Seri Michelle Yeoh dirakamkan ketika menerima pingat jasa dari Kerajaan Perancis baru-baru ini. |
Pelakon filem kelahiran Malaysia yang telah mencipta nama di peringkat antarabangsa, Datuk Seri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi orang Malaysia pertama yang terpilih sebagai salah seorang juri untuk Anugerah Academy yang bakal berlangsung pada tahun 2013.
Sebanyak 176 pelakon dan pengarah telah diundang oleh Academy Of Motion Picture Arts And Sciences untuk menjadi juri di mana mereka akan memilih calon yang layak memenangi Anugerah Academy iaitu satu acara penghargaan filem berprestij di Hollywood.
Selain daripada aktres berusia 49 tahun kelahiran Ipoh, Perak ini, nama-nama besar lain yang dipilih adalah Andy Serkis, Jean Dujardin, Jessica Chastain, Jonah Hill, Matthew McConaughey dan Terrence Malick.
Panel juri akan memulakan pengundian untuk Oscar ke-85 pada 24 Februari 2013.
Sebelum ini, Michelle Yeoh pernah menerima pingat Officier de la Legion d'Honneur dari Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy atas jasa beliau terhadap dunia perfileman negara tersebut.
Sumber: MichelleYoeh.Info Sensasi Selebriti

0 Comments