Dalam kesibukan memenuhi jadul, GLAM sempat juga jenguk-jenguk kepada laman perkongsian video Youtube untuk mencari bahan terbitan. GLAM nak cari muzik video terkini dari artis Malaysia mahupun antarabangsa, namun, terdapat di bahagian Suggested Video beberapa video bunyi pelik di sekitar langit yang dirakamkan amatur oleh beberapa pengguna Youtube.
Meskipun kebanyakan video di muat naik sekitar Mac 2012 dan GLAM baru menjumpainya pada Julai 2012, rasanya belum terlambat untuk dikongsikan.
Pening juga GLAM cuba fikir, apa sebenarnya bunyi itu. Tapi, tak mengapa, kami nak kongsikan penemuan kami. Bunyi yang terhasil seakan-akan hon kapal laut. Kami tidak dapat memberi kepastian tentang kejadian ini.
Fenomena bunyi aneh ini bukan sahaja dapat didengari di Malaysia malah di Australia, Spain, Russia dan beberapa negara lain.
0 Comments