Akshay Kumar Berlakon di Kuala Lumpur

Senyap-senyap rupanya pelakon aksi tersohor Bollywood, Akshay Kumar berada di Kuala Lumpur untuk melakukan sesi penggambaranya!


Bukan sahaja Datuk Shah Rukh Khan yang sudi berlakon di Malaysia ini, tapi selebriti terkenal lain pun begitu. Berita ini dikhabarkan sendiri oleh Akshay apabila membuat Tweets di laman Twitter rasminya bersama gambar.


Selanjutnya tidak dapat kami sahkan filem apa yang sedang dalam penggambaran dan sampai bila beliau akan berada di sini. Kelihatan dalam gambar yang dikirimkan di Twitternya, seperti filem aksi dan lokasinya seperti di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.


Apa-apa pun kita tunggu sajalah kisah selanjutnya. Sebagai rakyat Malaysia, saya bangga apabila ada selebriti luar sudi datang ke Malaysia untuk karya mereka.

0 Comments