PHD Lanjutkan Waktu Penghantaran Kerana EURO 2012!

Para peminat bolasepak ada lebih masa untuk menikmati piza panas dengan masa penghantaran yang dilanjutkan.


KUALA LUMPUR, 12 Jun 2012 – Peminat bolasepak, bersoraklah! Mulai hari ini hingga 8 Julai 2012, semua cawangan PHD akan melanjutkan masa penghantaran mereka dari jam 11 malam hingga tengah malam, serta turut memperkenalkan Grilled Chicken Pizza baharu untuk memenuhi selera para peminat bolasepak yang kelaparan di tengah kerancakan musim demam bolasepak.
  
Dengan masa penghantaran yang dilanjutkan ini, para pelanggan boleh membuat pesanan sehingga pukul 11.59 malam, dan masih berpeluang mendapat piza segar yang hangat dihantar ke rumah mereka dalam masa 30 minit.

Selain melanjutkan masa penghantaran, PHD turut memperkenalkan Grilled Chicken Pizza PHD sepanjang tempoh berkenaan. Piza tersebut menghidangkan gabungan ayam segar digril, keju mozzarella, lada benggala merah dan hijau, bawang, oregano dan tomato, menjadikannya suatu hidangan hebat untuk dinikmati semasa berkumpul menonton perlawanan bola.


“Rakyat Malaysia amat gemar menonton perlawanan bola dengan sahabat handai dan keluarga, lebih-lebih lagi sambil menikmati hidangan bersama-sama. Dengan pelanjutan masa penghantaran dan pengenalan Grilled Chicken Pizza baru ini, kami berharap akan dapat mengenyangkan para peminat bolasepak yang kelaparan setelah berjaga sepanjang malam menonton perlawanan bolasepak,” kata Jamaluddin Md Ali, Pengarah Urusan QSR Brands Bhd, syarikat pemilik rantaian kedai PHD di Malaysia.

PHD menawarkan kepada pelanggannya penghantaran piza, pasta dan hidangan sampingan lazat yang disediakan khusus untuk penghantaran dari 46 lokasi cawangan PHD, semuanya dijamin dalam tempoh 30 minit. PHD sanggup memberi jaminan terhadap tempoh penghantaran tersebut dengan ‘piza percuma’ jika pesanan tidak dapat dihantar dalam masa 30 minit. Perkhidmatan yang ditawarkan ini adalah berasaskan kepakaran dan pengalaman selama bertahun-tahun lamanya dalam membuat dan menghantar piza, justeru memberi jaminan terhadap komitmen yang dijanjikan oleh jenama berkenaan untuk menyedia dan menghantar semua produk yang digemari oleh para pelanggan.

Menu PHD yang dikhususkan agar bersesuaian dengan kepantasan dan kualiti yang konsisten yang menjadi fokus penghantaran itu menampilkan piza berkerak tradisional kepakaran PHD dan jejari roti bawang putih, manakala pelbagai pilihan piza dan pasta yang dihidangkannya adalah berasaskan menu yang telah sekian lama digemari oleh rakyat Malaysia yang disesuaikan dengan pesanan pelanggan. Turut disediakan dalam menu tersebut adalah rangkaian WingStreet yang sungguh popular yang asalnya disajikan di Pizza Hut, dan tidak ketinggalan juga pan pizza.

Menu berkenaan turut menawarkan nilai hebat dengan hidangan kombo bagi sajian untuk kumpulan kecil hinggalah kepada acara keramaian yang besar, dengan pelbagai pilihan hebat yang menyelerakan. Dengan harga bersih yang tertera dengan jelas dan khidmat penghantaran percuma, perkhidmatan tersebut tidak mempunyai sebarang kos tersembunyi, justeru, memberikan nilai yang lebih tinggi kepada pelanggan. Selain daripada penghantaran, hidangan untuk dibawa pulang juga disediakan di kedai-kedai PHD yang tidak menawarkan kemudahan makan di restoran.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PHD, menu dan liputan penghantarannya, sila layari www.phd.com.my. Anda juga boleh menghubungi talian perkhidmatan 1300-82-2020 untuk membuat pesanan.

0 Comments